2012/07/10

Surat Cinta dari Allah :)


Al-Quran itu sangat sinonim dengan air mata - Uthman bin Affan RA

Diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Dari Abu Amamah Al-Bahali berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bacalah oleh kamu al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat (pertolongan) kepada pembacanya.

Tahukah?


Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran.
( Riwayat Muslim )

Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : 
Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.
( Riwayat Bukhari & Muslim ) p/s:Bila kali terakhir kita menyentuh, mencium, memeluk dan membaca 'surat cinta' dariNYA?




#Ingatan kepada semua termasuk saya.
SUMBER